Lama aku ingin menulis blog tapi elok sahaja aku mencapai laptop untuk menaip blog, terus aku sesat ke tempat lain. Kemudian, terus hilang idea tersebut.
Ini pun aku hampir sesat di tempat lain, tapi ku gagahkan juga 'check in' di sini.
Kerana diriku yang sedang mengandung selama 28 minggu untuk anak kedua, ingin aku coretkan pengalaman bersalin ketika anak pertama. The first born dan anak yang mengajar aku untuk pengalaman pertama untuk setiap satu nya dalam dunia menjadi mommy.
Pada pagi 8 Disember 2016, aku siapkan makan pagi kuew tiow goreng untuk cik suami sebelum dia bertolak ke tempat kerja tengahari tu. Sejak pagi tu, ada perasaan berat hati untuk lepaskan cik suami pergi ke tempat kerja. Rasa nak berkepit, nak bermanja macam tu. Relakan jua, tiada sebab kukuh untuk menahan cik suami dari ponteng kerja.
Namun, dalam jam 4.30 petang tersebut, entah mana datang perasaan nak periksa 'panties'. Ada blood spot. Tak ada rasa sakit apa pun, tapi sebab anak pertama kan, terus call cik suami bagitau, dan dia pun terus panik. Kami masa tu, tak ada pengangkutan sendiri. Hanya bergantung pada pengangkutan awam, kawan-kawan atau ahli keluarga.
Mula-mula aku call bonda, nak minta bawakan ke hospital tapi, bonda di tengah-tengah KL, rumah aku pula di Kota Damansara. Dengan keadaan petang yang orang baru nak balik kerja tu, terasa lambatnya bonda nak sampai. Nak call mertua, pun kerja di tengah-tengah KL. Call kawan satu tempat kerja, untuk minta hantarkan.
Dalam jam 6 macam tu, kami sampai di HSB. 'Check in' dan buat VE, ada bukaan 2cm. Awal lagi katanya, sakit/petanda kontraksi apa pun tak ada. Jadi doktor suruh balik dan buat check up macam biasa. Doktor ramalkan seminggu lagi baru keluar babynya.
Ok, bonda dah tunggu di perkarangan hospital. Ajak cik suami balik dan makan dulu. Lapar. Lagipun dah dekat jam 10 malam. Lupa nak bawak bekalan biskut ke apa masa kt hospital tu. Aku layan dulu nasi putih paprik sotong kenyang-kenyang.
Tapi malam tu, kami tak balik rumah kami. Masih tak sedap hati walaupun doktor kata demikian. Jadi, kami tidur di rumah bonda yang lebih dekat dgn HSB. Ya, dalam jam 1 pagi, hati dah menggelisah. Kontraksi dah pun mula tapi aku cuma anggap 'baby' tengah syok tendang sampai mengeras perut.
Tidur pun dah tidur-tidur ayam. Geram tengok cik suami syok tido kat sebelah, jadi kejutkan bagitau yang aku tak selesa tidur. Diusap-usap untuk aku tidur. Namun aku dah mula perasan, makin kerap pula baby ni menendang dan dah mula rasa nak terberak.
Jam 5 pagi, kejutkan cik suami dan bonda untuk ke HSB. Rasa macam takleh nak tahan dah. Sampai je kat HSB, doktor pun buat pemeriksaan dan sahkan bukaan dah pun 7cm. Betul la rupanya tadi kontraksi. Hehe.
Alhamdulillah syukur, aku selamat bersalin anak perempuan pada jam 7.07 pagi bertemankan cik suami di sisi.
Selesai bersalin, jahit apa semua, ada makanan dah dihidang dalam LR. Ya Allah, masa tu, nikmat sungguh dapat nasi goreng cina. Tak ingat dah pasal orang tua-tua pesan, jangan makan telur tu, jangan makan makanan sejuk. Sedappppp oi.
Aku ditahan di hospital selama 3 hari, akibat kurang darah putih katanya. Entahlah, tapi rasa macam syurga jap. Dilayan makan 5 kali sehari dan dapat fokus kat baby sendirian. Masa tu, bonding dengan baby selalu, sebab nak ransangkan pengeluaran susu badan. Alhamdulilah. Ada hikmahnya walaupun ditahan beberapa hari di hospital dan berenggang sekejap dengan cik suami.
Famili aku selalu disogok dengan idea, susu formula lebih baik dari susu badan. Dengan susu formula, kononnya boleh buatkan diri kurang penat dan boleh jaga badan dengan lebih baik. Tapi aku pula sokong susu badan. Jadi aku memang ambil kesempatan di hospital yang aku mampu beri susu badan.
Untuk kandungan kedua ini, aku doakan semoga dipermudahkan juga seperti kandungan yang pertama. Ada juga 'glitch' dalam LR tu, tapi biasalah. Ikut hati sendiri, tak dengar sangat dah nurse/doktor kata apa. Rasa nak cepat-cepat keluarkan baby macam nak berak tu. Hehehe.
Cerita bersalin memang dah habis tapi selepas dua-tiga hari, kami berdua check-in kat HSB lagi. Kali ni pasal kuning. Yang tu di lain posting lah.
Jumpa lagi dalam tempoh terdekat ni.